aSSaLaMuaLaikum... peaCe..! jeMpoT SiNngaH.., Moh TerJah...!!

Islamic Widget



Thursday, July 26, 2012

PaNDuaN PerBelaNjaaN PeRKahWiNan...,



Entri kalini saya nak cerita panduan majlis perkahwinan..., huhuu.. Saya tengah survey semua bende tu..., lagi 1 PEMBETULAN eak yg no 10, dah jumpa dah calon tu.., huhu., Cuma tggl masa nk jadi suami saya yg sah... huhuhuuh....
Satu hal lagi yg ber WarNa MERAH ni, adelah bajet saya.., bagi saya sesebuah majlis tu x perlu lah nak terlalu grand.., membazir je rasanya.., memang la ade yg pernah kata saya ni BODOH, cz cincai2 je pasal kahwin..., tapi saya wat x pdulik je.., yg nk kahwin nya saya.., bukan dia..., yg kluar duit nya saya bukan dia..., uh... ibu saya salu pesan, lo org mngata kita, kita diam jew.., tapi dalam hati kata “ADE AKU KESAH...!!!”... huhuhuhu...
Cam brutal je ibu aq ni.. kn???? Kuih2.... hahahahah... papew pon.., sila layan dulu entri post kt bawah ni....:-)



a) Perbelanjaan dari RM 10,000 – 20,000
Jumlah sebanyak ini adalah perbelanjaan yang agak mewah bagi pengantin lelaki. Walau
bagaimanapun jumlah ini hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di rumah, bukannya di hotel
mahupun taman. Pun begitu, anda masih boleh menjadikan perkahwinan anda ini yang paling indah buat anda dan pasangan anda.

b) Perbelanjaan sebanyak RM 20,001 – 30,500
Jumlah yang dikeluarkan adalah mewah untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini masih tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Ini kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau anda terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Walau bagaimanapun, anda boleh menceriakan hati pasangan anda dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati daripada jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat anda dipenuhi.

c) Perbelanjaan sebanyak RM 30,501 – 40,500
Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah jumlah maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja anda mampu menyediakan apa jua yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Erm… jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel.

d) Perbelanjaan sebanyak RM 40,501 – ke atas
Erm… jumlah yang anda keluarkan ini agak keterlaluan untuk majlis perkahwinan di rumah. Mungkin anda memang berkemampuan untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak ini, tetapi anda boleh mengurangkan kos tersebut agar wang yang selebihnya boleh digunakan untuk lain-lain perkara seperti membeli barangan dapur, membuka akaun untuk anak-anak dan pendidikan mereka, serta lain-lain perkara. Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan di hotel atau taman, jumlah inilah yang amat bersesuaian dengan majlis sedemikian. Tentu sahaja jumlah perbelanjaan yang akan dikeluarkan terlalu banyak, tetapi ia berpadanan dengan majlis yang akan dilangsungkan di salah satu daripada dua tempat tersebut.


dah baca?? (^_^) Terima kasih

1 comment:

  1. pening kpla mmikirkan duit tok persiapan khwin ni... ummmm

    ReplyDelete

~..(^-^) HiDuP Mesty CeRia..~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Valentine's day pumping heart
CreaTed By MieRa... kiSaH MaNusSia..-AkiEmiE..