Luka yang bertamu dihati..,
Tidak mampu untuk aku membendungnya
lagi..,
Kuharap awan yang mendung segera
pergi..,
Membawa kembali sinar yang datang..,
Kasihku...,
Walau kebencian dan kelukaan yang kau
hadirkan..,
Aku masih tidak mampu untuk membencimu...,
Kasihku..,
Aku tetap akan menjaga zuriat ini..,
Walaupun aku sedar yang kau tidak
mungkin kembali lagi..,
Dalam
hidupku..,
Kasihku..,
Walau dimana kau berada..,
Ku kan tetap mengingatimu......
PROLOG
Sayang selamanya
Akhirnya menitis
juga air mata yang tertahan sejak sekian lama. Sekuat mana pun seorang lelaki
itu, tumpah juga air matanya saat melihat isteri yang di sayangi disemadikan
buat selama-lamanya. Bersemadilah sayang dengan tenang dan aman, abang akan
menjaga zuriat kita ini sebaik yang mungkin. Terima kasih yang tidak terhingga
buat sayang, kerana sanggup menggadai nyawa buat melahirkan zuriat ini. Zuriat
ini adalah tanda cinta suci kita. Sayang, mampu kah abang membesarkan zuriat ini tanpamu di sisiku?
Terasa kehilangankah abang saat ini?
Afira,
abang amat mencintaimu sayang., maafkan abang kerana tidak sempat membahagiakan
sayang. Abang berjanji akan memberikan sepenuh kasih sayang abang buat anak
kita. Seperti yang kita jangkakan, kita mendapat anak kembar. Abang telah
memberi nama mereka seperti yang telah kita pilih bersama iaitu Abdul Harith
dan Abdul Hanif bin Abdul Hakimi. Comel sekali anak-anak kita ini. Kalaulah
sayang bisa bersama di sisi abang, buat melihat anak-anak kita membsar dengan
sempurna.
Tidak
seharusnya sayang meninggalkan abang bersama bukti kasih dan cinta kita. Tapi
sudah tersurat sejak di azali bahawa sayang
akan pergi dahulu menghadap Illahi. Siapalah abang buat menolak takdir
ini. Walau tidak ku impikan ini yang terjadi, tetapi ia tetap terjadi juga.
Bagaimanakah harus ku lalui hari-hari yang mendatang tanpamu di sisiku sayang.
Saban malam kaulah yang menjadi teman tidurku, penawar setiap duka ku.
Perlahan-lahan
kuusap umbun-umbun bayi comelku yang sedang lena. Rupanya-rupanya jauh sudah
aku terhanyut dibawa kenangan bersamamu sayang. Hidup ku indah sejak
mengenalimu sayang. Tetapi kini begitu suram ku rasakan. Kelam malamku tanpa
berteman. Seperti singkat sahaja perhubungan kita ini sayang. Masih belum
sempat untuk kita membina impian kita bersama. Masih belum puas ku rasakan
hidup bersamamu sayang. Terasa pantas sungguh masa berjalan, dan akhirnya bila
ku tersedar, kau sudah pun pergi kepada penciptamu. Meninggalkan aku buat
selamanya, untuk kekal hidup di alam sana.
“Abang,
bila anak-anak sudah besar nanti, sayang nak buka satu butiklah bang, boleh
kan?” Lembut suara Afira ketika berkongsi impiannya bersamaku.
Masih
terngiang-ngiang di cuping telingaku ini perbualanku bersama Afira ketika kami
sama-sama berehat sambil minum petang menghadap kolam ikan koi di halaman
rumahku yang sederhana besar. Namun bukan itu sahaja impian kita yang masih
belum tertunai sayang, bulan madu kita ke umrah pun masih belum mampu kita
jejaki lagi sayang. Abang rasa amat terkilan kerana tidak mampu penuhi impian
sayang sebelum sayang menghembuskan nafas yang terakhir.

No comments:
Post a Comment