ASSLAMUALAIKUM &
SALAM SEJATERA.....,
Entri
kalini adalah hasil nukilan hati saya buat yang tersayang HAKIM HAFIZUDDIN,
moga ikatan yang kita bina berakhir dengan kebahagiaan.
Sayangku, perkenalan kita wujud dari muka buku, cinta kita, membawa kepada
ikatan pertunangan, kasih kita hampir membawa kepada ikatan pernikahan...
Sayangku, hadirmu memberikan aku satu
sinar bahagia.., suram ku telah kau hadiahkan pelangi indah.., luka ku telah
kau ubati dengan senyuman mu yang menusuk jiwa..,
Sayangku, tatkala ku renungi wajahmu,
kurasakan damainya dihati ini.., kurasakan dambaan kasih yang kau titipkan
melalui raut wajahmu.., ketenanganmu, menjentik sanubariku..,
Sayangku, andai ini suratan abadi yang
telah di tulis, hadirmu menyempurnakan hidupku, hadirku menyempurnakan hidup
mu.., aku bersujud pada yang MAHA ESA, kerana telah mengurniakan aku satu
HIDAYAH buat galas an ku dalam mengejar bahagianya hidup di dunia dan di
akhirat.
Sayangku, suratan ini yang mepertemukan
kita, suratan ini juga yang menduga kita.., kuatkan kita melayari bahtera ini??
Bersamalah kita mempertahankan sebuah mahligai cinta.. yang datang bertandang
buat sandaran kita berdua.....
WALLAHUALAM...
(^-^)

No comments:
Post a Comment