BAB 1
Sakit yang tak tertanggung
“Awak, kenapa saya
nampak awak pucat saja ni? Awak ok ke
ni?...”
Sempat Kimie bertanya padaku. Dari raut wajahnya,
dapat ku lihat kerisauan terpancar di sudut matanya.
“Saya
ok lah awak, awak jangan risau ok??”
Kataku sambil tersenyum
manis padanya. Aku seperti biasa tidak mahu tunangku berasa risau terhadap ku.
Aku sendiri sebenarnya sudah tidak dapat menahan kesakitan yang ku tanggung.
“Awak macam ada
sembunyi kan sesuatu je dari saya ni Fira?.” Tanpa berputus asa, Kimie tetap
mahu menyoal ku.
“Awak, kalau anadai
satu hari nanti saya tinggal kan awak, apa akan jadi pada awak?.” Tanyaku
sambil mataku masih terpaku memandang seraut wajah insan yang ku cintai.
Wajahnya yang tadi selamba, berubah keruh.
“Sayang nak tinggalkan
abang ke? Sayang ada lelaki lain ke?.”
Bertubi-tubi soalan
yang dilemparkan kepadaku.
“Tak adalah, sayang kan
hanya sayangkan awak seorang je, macamlah awak tak tahu. Maksud saya, kalau
Allah menjemput saya kembali kepadanya bagaimana?” Pertanyaanku dibalas dengan
renungan tajam.
“Saya tak suka awak
cakap macamtu lah!!” Marah Kimie kepadaku.
Dapat ku lihat dari air
mukanya tegang sekali. Mungkin dia terlalu marah padaku sehinggakan dia tidak
langsung memandang wajahku. Aku jadi serba salah.
“Awak, maafkan saya,
saya janji saya takkan cakap macamtu lagi pada awak ok?” Kataku penuh lembut
untuk memujuk tunang tercinta.
“Ok, saya maafkan awak
tapi ingat, jangan cakap macamtu lagi. Saya tak mampu untuk kehilangan awak
sayang.” Katanya sambil meraih tanganku kepangkuannya.
Begitu tekun sekali
pemanduannya. Perjalanan untuk membeli belah diteruskan. Tetapi fikiran ku
bukan berada di situ. Aku teringat pada beberapa hari lepas sewaktu aku ke
klinik. Pada hari itu, aku rasakan kepala ku begitu sakit sekali sehinggakan
aku hampir pengsan waktu itu.
“Cik Nur Afira
Arisha,berdasarkan pemeriksaan saya, awak ni terlalu stress, apa yang mengganggu fikiran awak ye?”
“Saya cuma penat sikit
aja doctor. Banyak perkara yang harus saya selesaikan. Sebenarnya saya akan
melangsungkan perkahwinan kurang 3 bulan dari sekarang. Mungkin itu penyebabnya
doktor.” Kata ku dengan jjujur.
“Cik Fira,saya rasa
awak patut ambil cuti dan rehatkan diri awak. Awak Nampak betul-betul kurang
bermaya. Saya risau dengan kesihatan awak. Awak kena ingat, awak ada migraine
yang kronik. Saya risau kebarangkalian untuk awak mendapat penyakit brain cancer adalah tinggi.”
Dengan wajah yang keruh
aku memandang tepat ke arah doktor. “Jadi, apa yang harus saya lakukan? Saya
tak mahu mati lagi doktor, masih banyak perkara dan impian yang masih belum
saya lakukan.”
“Banyak bersabar Cik
Fira, doa itu senjata orang mukmin. Saya
pasti awak cukup kuat untuk menahan penyakit ini dari merebak ke dalam tubuh
awak. Cuma buat masa ini, saya sarankan awak jangan banyak berfikir dan
kurangkan aktiviti berat.”
“Baiklah doktor, terima
kasih. Saya balik dulu.”
“Jangan lupa makan ubat
yang saya beri mengikut masa yang di tetapkan.” Sempat lagi doktor tersebut member senyuman padaku.
Aku tersedar dari
lamunan panjang apabila tiba-tiba tanganku disentuh lembut oleh tunangku. “Apa
yang sayang menungkan tu? Jauh menung Nampak? Dah sampai ke England ke?”
Katanya sambil mencuit lembut hidungku.
Itulah kebiasaannya kalau dia mahu mengusikku.
“Tak ada apalah awak,
saya Cuma risaukan majlis perkahwinan kita saja.” Kataku sambil menghadiahkan
senyuman manis padanya.
“Jomlah sayang,saya dah
lapar dah ni. Dah berlagu irama rock dah perut saya ni. Awak tak lapar ke
sayang?”
“Lapar jugak, jomlah.”
“Nak makan apa ye
sayang harini?’
“Entahlah awak, saya
ikut awak saja. Awak betul-betul lapar ke atau lapar sikit aja?”
“Kenapa tanya macam tu?”
“Kalau betul-betul
lapar ke, kita makan kat foodcourt
ajalah. Boleh makan nasi ke apa. Kalau tak lapar sangat, kita makan fast food jelah.” Kataku sambil menarik
tangannya untuk berjalan keluar dari tempat letak kereta.
Kami melangkah
beriringan menuju ke dalam bangunan kompleks membeli belah yang dikenali
sebagai Jusco Bukit Raja. Kami lebih senang shopping di situ. Harganya juga
tidak terlalu mahal berbanding dengan pusat membeli belah terkenal di ibu kota.
Pada hari ini kami merancang untuk membeli serba sedikit barangan persiapan
perkahwinan.

No comments:
Post a Comment