Entri kalini saya nak cerita
panduan majlis perkahwinan..., huhuu.. Saya tengah survey semua bende tu...,
lagi 1 PEMBETULAN eak yg no 10, dah jumpa dah
calon tu.., huhu., Cuma tggl masa nk jadi suami saya yg sah... huhuhuuh....
Satu hal lagi yg ber WarNa MERAH ni, adelah bajet saya.., bagi saya sesebuah
majlis tu x perlu lah nak terlalu grand.., membazir je rasanya.., memang la ade
yg pernah kata saya ni BODOH, cz cincai2 je pasal kahwin..., tapi saya wat x
pdulik je.., yg nk kahwin nya saya.., bukan dia..., yg kluar duit nya saya
bukan dia..., uh... ibu saya salu pesan, lo org mngata kita, kita diam jew..,
tapi dalam hati kata “ADE AKU KESAH...!!!”...
huhuhuhu...
Cam brutal je ibu aq ni.. kn???? Kuih2....
hahahahah... papew pon.., sila layan dulu entri post kt bawah ni....:-)
a) Perbelanjaan dari RM 10,000 – 20,000
Jumlah sebanyak ini adalah perbelanjaan yang agak mewah bagi pengantin
lelaki. Walau
bagaimanapun jumlah ini hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di
rumah, bukannya di hotel
mahupun taman. Pun begitu, anda masih boleh menjadikan perkahwinan
anda ini yang paling indah buat anda dan pasangan anda.
b) Perbelanjaan sebanyak RM 20,001 –
30,500
Jumlah yang dikeluarkan adalah mewah untuk majlis perkahwinan di
rumah. Jumlah ini masih tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman.
Ini kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau anda terpaksa membuat
pinjaman daripada kaum keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Walau bagaimanapun,
anda boleh menceriakan hati pasangan anda dengan hanya membuat majlis di rumah kerana
pelbagai perkara yang boleh didapati daripada jumlah bajet sebanyak ini. Tentu
sahaja apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat anda
dipenuhi.
c) Perbelanjaan sebanyak RM 30,501 –
40,500
Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah jumlah maksimum untuk majlis
di rumah. Tentu sahaja anda mampu menyediakan apa jua yang anda inginkan untuk
majlis perkahwinan anda ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar
berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Erm…
jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan
di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah dewan
sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda
berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel.
d) Perbelanjaan sebanyak RM 40,501 –
ke atas
Erm… jumlah yang anda keluarkan ini agak keterlaluan untuk majlis
perkahwinan di rumah. Mungkin anda memang berkemampuan untuk mengeluarkan
sejumlah wang sebanyak ini, tetapi anda boleh mengurangkan kos tersebut agar
wang yang selebihnya boleh digunakan untuk lain-lain perkara seperti membeli
barangan dapur, membuka akaun untuk anak-anak dan pendidikan mereka, serta
lain-lain perkara. Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan di hotel atau
taman, jumlah inilah yang amat bersesuaian dengan majlis sedemikian. Tentu
sahaja jumlah perbelanjaan yang akan dikeluarkan terlalu banyak, tetapi ia
berpadanan dengan majlis yang akan dilangsungkan di salah satu daripada dua
tempat tersebut.

pening kpla mmikirkan duit tok persiapan khwin ni... ummmm
ReplyDelete