aSSaLaMuaLaikum... peaCe..! jeMpoT SiNngaH.., Moh TerJah...!!

Islamic Widget



Thursday, July 26, 2012

PaNDuaN PerBelaNjaaN PeRKahWiNan...,



Entri kalini saya nak cerita panduan majlis perkahwinan..., huhuu.. Saya tengah survey semua bende tu..., lagi 1 PEMBETULAN eak yg no 10, dah jumpa dah calon tu.., huhu., Cuma tggl masa nk jadi suami saya yg sah... huhuhuuh....
Satu hal lagi yg ber WarNa MERAH ni, adelah bajet saya.., bagi saya sesebuah majlis tu x perlu lah nak terlalu grand.., membazir je rasanya.., memang la ade yg pernah kata saya ni BODOH, cz cincai2 je pasal kahwin..., tapi saya wat x pdulik je.., yg nk kahwin nya saya.., bukan dia..., yg kluar duit nya saya bukan dia..., uh... ibu saya salu pesan, lo org mngata kita, kita diam jew.., tapi dalam hati kata “ADE AKU KESAH...!!!”... huhuhuhu...
Cam brutal je ibu aq ni.. kn???? Kuih2.... hahahahah... papew pon.., sila layan dulu entri post kt bawah ni....:-)



a) Perbelanjaan dari RM 10,000 – 20,000
Jumlah sebanyak ini adalah perbelanjaan yang agak mewah bagi pengantin lelaki. Walau
bagaimanapun jumlah ini hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di rumah, bukannya di hotel
mahupun taman. Pun begitu, anda masih boleh menjadikan perkahwinan anda ini yang paling indah buat anda dan pasangan anda.

b) Perbelanjaan sebanyak RM 20,001 – 30,500
Jumlah yang dikeluarkan adalah mewah untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini masih tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Ini kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau anda terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Walau bagaimanapun, anda boleh menceriakan hati pasangan anda dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati daripada jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat anda dipenuhi.

c) Perbelanjaan sebanyak RM 30,501 – 40,500
Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah jumlah maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja anda mampu menyediakan apa jua yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Erm… jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel.

d) Perbelanjaan sebanyak RM 40,501 – ke atas
Erm… jumlah yang anda keluarkan ini agak keterlaluan untuk majlis perkahwinan di rumah. Mungkin anda memang berkemampuan untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak ini, tetapi anda boleh mengurangkan kos tersebut agar wang yang selebihnya boleh digunakan untuk lain-lain perkara seperti membeli barangan dapur, membuka akaun untuk anak-anak dan pendidikan mereka, serta lain-lain perkara. Bagi yang ingin melangsungkan perkahwinan di hotel atau taman, jumlah inilah yang amat bersesuaian dengan majlis sedemikian. Tentu sahaja jumlah perbelanjaan yang akan dikeluarkan terlalu banyak, tetapi ia berpadanan dengan majlis yang akan dilangsungkan di salah satu daripada dua tempat tersebut.


dah baca?? (^_^) Terima kasih

KeTeNanGan yg Di CaRi.....


“Jika ketenangan yag dicari,
Allah akan terus menguji hati kita hingga satu masa kita akan rasai,
Indahnya Tawakal pada-Nya dan itulah nikmat nya ketenangan dalam jagaan-Nya,
Tiadalah yang lebih membahagiakan selain dari memiliki Tuhan didalam jiwa,
Memiliki Tuhan adalah bererti memiliki Allah sebagai tempat merujuk,
Pelindung ,tempat mengadu ,penyelamat masalah dan Allah adalah segalanya-galanya....”


dah baca?? (^_^) Terima kasih

10 PetaNda DIA JoDoH Kita .....



Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


dah baca?? (^_^) Terima kasih

Wednesday, July 18, 2012

cerita hari lahir..,


ASSALAMUALAIKUM  &  SALAM SEJAHTERA.....,
Entri kali ni saya nk cerita pasal hari lahir saya.. hihi.. harini merupakan genap lah umur saya 20 tahun....,cam x percaya je saya dah besar dah.. dan x lama lagi saya akan jadi isteri org..,macam x puas je lg nk bermanje dgn ibu, ayh n adik2 yg lain..,
Hihiihii, gaya macam comel jew kan.., apelah saya ni kan.., ummm, mungkin athun depan tym besday saya,saya dah jadi mak org kot.. huuu.. (berangan sekejap), insyaallah klo dew rezeki kn..., saya berharap sgt lah klo dew rezeki saya dapat anak, kalau bleh, saya x nak anak saya lahir same bulan dgn saya atau sama bulan dgn suami saya.., saya x nak drg nati ikot panas baran kami berdua.. hohooo...
X baik kan saya ni..., tp btul jgak.., org tuwe2 yg kata.., bkn saya yg kata... insyaallah saya akan cba jadi ibu yg baik buat anak2 saya.., saya berharap sgt, x kira lelaki atau perempuam, saya harap biarlah mnjadi anak yg soleh dan solehah  dan mndgr kat ibu juga bapanya..,
Saya harap juga saya dpt mmbalas jasa ibu bapa saya.., ibu saya pernak kata..”kalau ibu dan ayah dah tuwe nnti, anak2 dah Berjaya, jgn lpekan ibu dan ayah.., bukan duit yg ibu dan ayah minta, ckup lah kamu semua adik beradik, balik kerumah selalu menjenguk kami, beri kasih sayang sama seperti ibu dan ayah telah beri pada kamu semua.., doa anak yg soleh dan solehah buat bekalan ibu dan ayah di akhirat...,”
Bila teringat kembali, hati jd pilu dan sebak.., betapa mereka menyayangi kami.., seharusnya kami sudah mampu memberikan kebahagiaan buat mereka..,
Buat ibu dan ayah.., insyaallah selagi hayat saya, selagi ada rezeki saya, akan saya korbankan segalanya buat ibu dan ayah ku..,
Tanpa ibu dan ayah x kan lahir saya ke dunia, x kan jadi saya anak yg berguna..,



WALLAHUALAM... (^-^)



dah baca?? (^_^) Terima kasih

Monday, July 16, 2012

ReSePi Kek CoKlaT...,


ASSALAMUALAIKUM  &  SALAM SEJAHTERA.....,
©   Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
©   Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
©   ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak
©   Cara-cara
1.  Pukul telur hingga kembang
2.  Masukkan gula dan pukul lagi
3.  Kemudian masukkan minyak masak
4.  Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
5.  Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
6.  Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk



WALLAHUALAM... (^-^)


dah baca?? (^_^) Terima kasih

LaMaRaN dari Dia BuaTku...,


ASSALAMUALAIKUM  &  SALAM SEJAHTERA.....,

      
      HIHIHI.. cam klakar jew.. kn?? Entri kali ni saya nak cerita macam mana tunang saya ABDUL HAKIM HAFIZUDDIN BIN JALALUDDIN melamar saya buat kali pertama dulu.., masih saya ingat lagi tym tu ktrg 1st tym kua dating.., g dekat2 jew pon, g KLANG PRADE je pon... hihii... maklom r 1st tym dating.. hihihi..
Nak di jadikan cerita pada 20hb NOVEMBER 2010, bersamaan hari SABTU, dia telah melamar saya di hadapan MASJID JAMIURRIDZUAN, PEKAN JERAM, 45800 JERAM, SELANGOR DARUL EHSAN..., berserta sebentuk cincin silver berukir nama saya dan nama dia.., dengan lafaz “sayang, sudikah sayang menjadi suri hidup abg?? Ibu buat anak2 abg??” lebih kurang camtu lah... hihii.. Saya punyalah diam x terkata.. adoiyaiii..., dalam x sedar saya telah menitiskan air mata di hadapan lelaki yang amat saya cintai.... begitulah proses lamaran yg di buat di hadapan masjid..
 Semoga masjid itu menjadi saksi dan tanda buat kami berdua... Pernikahan kami di jadualkan bakal berlangsung pada hujung tahun ni jika tiada sebarang aral yg melintang...., insyaallah di permudahkan hendaknya... AMIIIIIIN...  Saya begitu teruja sebenarnya... Almaklum lah banyak perkara yg ingin dilakukan... Walau apepon, tarikh yg sebenarnya biarlah menjadi rahsia dahulu ok..., 


WALLAHUALAM... (^-^)


dah baca?? (^_^) Terima kasih

PeRSiaPan PeRkaHwiNaN(1)..,


ASSALAMUALAIKUM  &  SALAM SEJAHTERA.....,


      Entri kali ini ingin menceritakan bagaimana persiapan saya menjelang hari bahagia saya..., hihihi... x lama pon lg... pejam celik pejam celik, dah bulan july sekarang ni..., tggl lg kurang 4 bulan jew hah.. adoiyai...., org kata 1001 macam lah nak kna buat.. poning pale den..., dah r nk raye ni hah.., baju pon melambak2 nk kne buat ni hah... almaklum r mak saya ni sebuk dgn tempahan mnjht baju..  saya pon mnjdi kaki dan tangan buat mak saya lah... hihihihii..... golak plak...
      Kahwin ni kan pengalaman pertama saya.., saya pon nk lah jgak buat macam2 dgn hasil buah tangan saya sendiri.. itupon kalo boleh r.. hihihi... Runsing2 dibuatnya.. Nasib baik jgak lah saya dah buat persiapan sikit2... xde lah kelam kabut sgt.. kn??? Ibu saya jugak banyak membantu... Kadang2 tu kami sampai bertekak gila r.., yg saya nak begini, yg ibu saya nak begitu.., hah hambik ko... pening2...
      Susah jugak rupanya nak buat persiapan perkahwinan ni...  Nasib baik lah di pihak lelaki beritahu tarikh awal.., mampulah kami nak wat persiapan secara rapi.., Walaupon majlis nanti dijangka di jalankan secara sederhana.., tapi segala persiapan yg dilakukan kadangkala saya rasa ni bukan sederhana, dah macam besar-besaran dah.. hihihi... ummm ape kata kita tggu dan lihat jew lah kan bila dah sampai mase n tarikhnya... baru lah kita boleh decide sederhana ataupon besaran... Almaklum lah saya ni anak sulung.., mesty kluarga saya nak kan 1 majlis yg hamper sempurna.., mana ade org yg mampu buat sesuatu majlis tu dgn sempurna..., mesty ade sikit cacat celanya..., tapi saya harap jgn la ade sesuatu yg x diingini terjadi sepanjang persiapan majlis n sepanjang majlis berlangsung.., ”YA ALLAH, YA TUHANKU.., KAU YG MAHA MENGETAHUI SETIAP KEJADIAN DI MUKA BUMI INI, KAU PERMUDAHKAN LAH SETIAP PERKARA YG HAMBAMU INI LAKUKAN, KAU LANCARKANLAH SETIAP SEGALA PERANCANGAN MAJLIS N KAU LANCARKAN LAH PERJALANAN MAJLIS PERKAHWINANKU, SESUNGGUHNYA ENGKAU LAH YG MAHA MENGETAHUI...”
      Saya hanya mampu merancang hanya ALLAH yg menentukan setiap sesuatu kejadian......


WALLAHUALAM... (^-^)


dah baca?? (^_^) Terima kasih

Sunday, July 15, 2012

IsTiLaH BaHaSa ItaLi..,


ASSALAMUALAIKUM  &  SALAM SEJAHTERA.....,
       Entri ini saya nak berkongsi istilah bahasa Itali. Istilah Itali ini saya perolehi ketika membaca novel yg bertajuk “ MENANTI KASIH”. Novel ini karya NORZAILINA NORDIN.



Amico mio                        -            Sahabatku
Amore                            -            Cinta
Arrivederci                        -            Selamat jalan
Assai                            -            Yang dihargai
Benvenuto                        -            Selamat dating
Buon appetito                    -            Selamat makan
Buon giorno                      -            Selamat pagi
Certamente                      -            Sudah tentu
Che cosa sara sia                 -     Apa akan terjadi, Pasti terjadi
Ciao                              -            Hai
Come siete                       -            Apa khabar
E il mio fiancé future             -            Dia bakal tunang saya
Entrato                           -            Sila masuk
Grazie                            -            Terima kasih
Il mio amore                     -            Cintaku
Il mio dio                        -            Oh, Tuhanku
Incubo                            -            Mimpi buruk
La mia ragazza piccolo            -            Anak perempuanku
Madre mia                        -            Ibuku
Perche                            -            Kenapa
Per favour                        -            Minta tolong
Piacere                           -            Amat gembira
Prego                             -            Saya berdoa
Principessa                        -            Puteri
Salve                              -            Helo
Scusilo                            -            Maafkan saya
Signor                            -            Encik
Signora                           -            Puan
Signorina                          -            Cik
Sono molto occupato              -            Saya sangat sibuk
Sto bene                         -            Aku sihat
Ti amo                            -            Aku cintakan kau




WALLAHUALAM... (^-^)


dah baca?? (^_^) Terima kasih

PERKAHWINAN CAMPUR..,


ASSLAMUALAIKUM  &  SALAM SEJATERA.....,
       Entri kalini nak share sumthing yg berguna...,

PERKAHWINAN CAMPUR..,
©   ANTARA KAUM..,
Ø  Perkahwinan antara seorang Muslim berbangsa Melayu dengan seorang muslim berbangsa Cina atau India. Golongan berbangsa lain yang kebiasaannya merupakan penganut agama lain termasuk agama Kristian, Buddha atau Hindu akan memeluk agama Islam untuk membolehkan mereka berkahwin dengan pasangan Muslim. Jabtan Kefahaman Islam Malaysia dan beberapa badan bukan kerajaan seperti PERKIM memberikan bantuan dalam soal pemahaman Islam dan bumbingan untuk tujuan tersebut.
© ANTARA NEGARA..,
Ø  Perkahwinan antara seorang Muslim Berbangsa Melayu dengan seorang Muslim berbangsa Arab, India dan sebagainya yang bersal dari Dubai, Pakistan (warganegara asing di Malaysia atau luar negar). Bagi proses perkahwinan ini, pendaftar perkahwinan hendaklah memastikan boring permohonan perkahwinan disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :

1.    Salinan pasport yang sah
2.   Surat kebenran daripada kedutaan Negara pemohon
3.   Surat keterangan Jabatan Imigresen Malaysia
©   ANTARA AGAMA..,
Ø  Perkahwinan antara seorang Muslim dengan seseorang yang beragama Kristian. Terdapat juga kes-kes istimewa di Malaysia melibatkan warganegara yang beragama selain Islam yang telah pun berkahwin dan akhirnya memeluk Islam walaupun pasangan dan keluarganya tidak turut serta. Perkahwinan bukan Islam antara seorang mualaf dengan pasangannya tetap wujud walaupun satu pihak telah memeluk Islam. Walaupun seksyen 51 Akta Mempebaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 membenarkan pasangan bukan islam untuk menuntut cerai, perkahwinan tersebut tetap sah selagi mana prosedur-prosedur penceraian tidak dijalankan.
© IMPAK POSITIF..,
Ø  Ia merupakan satu cara untuk mnyebarkkan ajaran Islam. Menerusi perkahwinan campur antara masyarakat berbilang kaum, diharapkan dapat memupuk semangat perpaduan antara bangsa berbeza dengan menyelami lebih mendalam budaya dan adat bangsa yang lain. Sesebuah perkahwinan dari dua bangsa berbeza pasti memerlukan tolak ansur dan pemahaman serta pnyesuaian diri dengan budaya asing. Ia adalah hasil daripada perkembangan pesat globalisasi dan dapat menyatukan kepelbagaian budaya masyarakat dalam merealisasikan globalisasi untuk kemajuan Negara.
© IMPAK NEGATIF..,
Ø  Realitinya perkahwinan campur juga kadangkala menemui jalan buntu apabila [ihak yang terlibat tidak dapat menangani pertembungan budaya dan adat resam antara dua kaum berbeza. Sikap tidak mahu bertolak ansur antara dua pihak mengakibatkan kegagalan dalam perkahwinan campu yang akhirnya membawa kepada kemusnahan. Tanpa pendedahan terhadap ilmu agama yang cukup, ramai saudara baru Islam hasil daripada perkahwinan campur ini akhirnya terjerumus kembali dalam fahaman dan kepercayaan lama. Penceraian mungkin konsep sebenar perkahwinan dan keengganan untuk berubah serta bertolak ansur.
©   HAD TEMPOH PANGGILAN MUALAF..,
1.     Tempoh maksimum lima tahun diberikan untuk panggilan mualaf berdasarkan ‘uruf’ dengan syarat mngikuti kelas-kelas agama yang diiktirafkan/dianjurkan oleh Majlis Agama Islam.
2.    Majlis Agama Islam juga bertanggungjawab membiayai segala kos pembelajaran bagi mualaf-mualaf tersebut.


WALLAHUALAM... (^-^)


dah baca?? (^_^) Terima kasih

baik pon salah.. knp nk dgki..??


ASSALAMUALAIKUM  &  SALAM SEJAHTERA.....,
       Entri saya kali ini adalah berkisarkan masyarakat setempat dan kehidupan seharian kita.. Saya rasa terpanggil untuk menulis satu pengalaman saya sendiri dalam entri kali ini...,
       Kenapa kadangkala kita sering menjadi mangsa fitnah dari orang lain ea??
Huhuhuuhuhu... kenapa saya cakap camtu??? Saya rasa kadangkala tu hidup ni memang memeritkan.., tapi as same time saya rasa hidup nilah yg begitu membahagiakan.., saya pernah terfikir kenapalah manusia ni suka menghancurkan sesama kita???
       Saya heran lah, manusia ni x mampu melihat kebahagiaan org lain.., mesti nk di hancurkan.., pernah terjadi x dalam hidup korang semua, ade org lain cbe menabur fitnah atau cbe menghancurkan hidup korang??? Kalau ade,pew yg korang wat time tu?? Kalo x dew plak, andai terjadi pada korang pew yg korang nk buat???
       Hal yg terjadi pada saya adalah, masa saya belajar dulu adelah org x puas ht dgn saya.., dy mmg x boleh tgok saya bahagia langsung.., ade je yg x kena.. Walaupon bende yg simple2 je.. Saya ni kan kadangkala x paham langsung lah ngan masyarakat melayu ni..., dengki mendengki ni dah macam jadi HABIT plak dah..
       Bayangkanlah, pakwe (kini sudah bergelar TUNANG) saya, salu dating melawat saya kat kolej pon jadi 1 agenda untuk mendengki taw x... cam klakar je... Tapi itulah manusia.., ade je bahan untuk merosakkan hidup org lain.., saya ni plak salu bahagia, nak wat cm ne kn, dah kdua blah fam kami merestui, mesty lah kami bahagia.., lpastu mula lah org nk dengki, ska agaknya mereka ni tgok kami berdua bergaduh, berperang??? Ummm.. tapi nak buat cmna kan?? Dah jodoh.. Kami akhirnya selamat di tuning kan..,
       Rase nye x bleh cter lebih2.. kang ade yg terasa plak kang.., x pasal2 menjadi pergaduhan kn??? Kah2... Bia lah pe org nk kata....., Asalkan hidup kita, kita bahagia... kn????                                    
WALLAHUALAM... (^-^)


dah baca?? (^_^) Terima kasih

Sunday, July 1, 2012

aKuR JaNji


Tak pernah ku menduga
Kan bertemu denganmu
Bersatu di alam cinta
Tak pernah ku merasa
Bahagia begini
Di sisimu
Kekasih ku sayang kan kamu
Cintaku kasihku untukmu
Kekasih hanya kau ku mahu
Hidup dan mati bersamamu
Akur janji setia padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu
Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu
Aku tak bisa sendiri tanpamu
Sedetik pun ku tak mampu
Sejuk hatiku oh tenang jiwaku
Memandangmu
Hatiku hatimu telah bertemu
Sayangmu sayangku jadi satu
Rindumu rinduku disimpulkan
Terciptalah sebuah ikatan
Akur janji setia ku padamu
Akur janji menjaga hatimu
Akur janji jiwa dan ragaku
Ku serah padamu
Akur janji ku hanya untukmu
Akur janji kaulah kekasihku
Akur janji seluruh hidupku
Ku serah padamu
Ku percaya
Jodohku denganmu
Ku percaya
Kau permaisuriku
Ku percaya
Kasih sayang kita kan kekal abadi
Moga Tuhan merestui


dah baca?? (^_^) Terima kasih

~..(^-^) HiDuP Mesty CeRia..~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Valentine's day pumping heart
CreaTed By MieRa... kiSaH MaNusSia..-AkiEmiE..