aSSaLaMuaLaikum... peaCe..! jeMpoT SiNngaH.., Moh TerJah...!!

Islamic Widget



Monday, August 8, 2011

ESEI: dalam melahirkan graduan yang berkualiti,kreativiti dan berkabiliti

Anugerah yang tidak ternilai yang diberikan kepada setiap ibu bapa didunia ini adalah anak-anak. Anak-anak merupakan satu modal insan yang dapat menjamin suatu perubahan yang besar di era ini. Dalam sesebuah kehidupan yang sempurna, didikan formal diberikan kepada anak-anak seawal usia 5 tahun. Bermula dari sekolah tadika ataupun prasekolah,diikuti oleh rendah,menengah dah seterusnya menjalankan Diploma dan Ijazah di mana-mana institusi yang terdapat didalam Malaysia ini.[1]
Di dalam esei ini,apa yang penulis cuba sampaikan adalah berkaitan bagaimana untuk melahirkan graduan yang berkualiti,kreativiti dan juga berkabiliti. Pada zaman ini,bagaikan cendawan tumbuh,dimana-mana terdapat institusi kerajaan mahupun swasta terbina di merata tempat. Kualiti yang ingin dicari begitu sukar dengan dipenuhi kuantiti yang semakin bertambah dari hari ke hari. Adakah ini sebagai satu “trend” era ini? Menjadikan kuantiti pelajar adalah satu keutamaan berbanding dengan mencari kualiti pelajar tersebut. Oleh itu,pihak pendidik haruslah mencari inisiatif bagi membendung dan menyangkal sama sekali  bahawa sesebuah institusi hanya mementingkan kuantiti dari kualiti terhadap para pelajar.[2]
Antara yang dapat kita lihat hari ini,generasi muda adalah sumber aset utama terhadap Negara. Sampai bila kita masih mahu duduk di takuk lama? Sudah seharusnya,seiring dengan peningkatan zaman,dunia Negara semakin pesat berkembang. Mahukah kita di tindas oleh Negara-negara luar? Dengan ini,sewajarnya generasi muda yang telah dilahirkan sebagai graduan yang berkualiti,kreativiti dan berkabiliti menunjukkan tahap kemampuan terhadap perkembangan Negara seiring dengan Negara-negara maju lain. Hasil yang diperolehi bukan untuk menguntungkan pihak luar,tetapi memberi  faedah yang besar terhadap kehidupan di Negara ini. Agar Negara kita tidak dipandang rendah oleh Negara luar.



Selain pendidikan yang berkesan disekolah,untuk menjadikan anak-anak mampu berjaya dengan cemerlang dengan berjaya memasuki universiti, ibu bapa haruslah memberikan galakan yang tinggi untuk terus mendorong anak-anak tersebut. Bukan sahaja dengan memberikan dari aspek ilmu dunia,ilmu akhirat juga dapat menjadikan anak-anak lebih mudah mempelajari sesuatu yang baru. Didikan agama dan akhlak yang sempurna mampu menjadikan anak-anak  hidup dengan lebih matang dan mampu berdikari sewal  usia kanak-kanak lagi. Dengan ini,sekiranya sudah mengalami peringkat hidup di universiti, pelajar sudah tidak kekok untuk melakukan aktiviti seharian dengan sendiri. Ini dapat memudahkan lagi sistem pembelajaran di universiti.
Dari faktor  luaran pula,untuk melahirkan graduan yang berkualiti tinggi, seharusnya didedahkan dengan pelbagai ilmu. Bukan sahaja ilmu berkaitan akademik,tetapi dari segi kokurikulum juga haruslah dititik beratkan di dalam system pembelajaran di universiti mahupun kolej-kolej. Dalam hidup yang serba moden ini,peningkatan terhadap sesuatu kualiti pelajaran haruslah di tingkatkan tahap penguasaannya. Ini dapt menjadikan,graduan yang bakal dilahirkan setanding dengan kejayaan dan kecekapan Negara-negara luar.
Dalam melahirkan graduan yang berkualiti,kreativiti dan berkabiliti, bukan sahaja ilmu dunia yang perlu di titik beratkan,amalan agama,akhlak dan budaya juga turut di selitkan dalam diri para graduan kita. Amalan beragama juga patut di pupuk sejak dari awal agar tidak terpesong akidah seseorang graduan yang bakal dilahirkan kelak. Graduan yang bakal dilahirkan adalah pemangkin Negara. Semuanya bergantung pada graduan-graduan ini.[3]
Dalam esei yang ingin penulis sampaikan, terdapat pelbagai persoalan yang dapat di kupas dari segi aspek bagaimana untuk melahirkan  pelajar yang berkualiti,kreativiti dan berkabiliti. Selain itu persoalan yang kerap kali berbangkit adalah apakah peranan ibu bapa,para pendidik,masyarakat dan para peljar itu sendiri untuk menjadikan matlamat melahirkan graduan dari kolej muhupun university yang berkualiti,kreativiti dan berkabiliti menjadi satu kenyataan. Sumbangan apakah yang mampu di hadiahkan kepada individu mahupaun Negara setelah Berjaya melahirkan pelajar yang berkualiti.kreativiti dan berkabiliti ini.


[3] Kajian Amalan Beragama di Kalangan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
(Ahmad Sharifuddin Mustafa,Nik Kamal Wan Muhammed & Shah Rul Anuar Nordin.)


dah baca?? (^_^) Terima kasih

1 comment:

~..(^-^) HiDuP Mesty CeRia..~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Valentine's day pumping heart
CreaTed By MieRa... kiSaH MaNusSia..-AkiEmiE..