aSSaLaMuaLaikum... peaCe..! jeMpoT SiNngaH.., Moh TerJah...!!

Islamic Widget



Wednesday, March 23, 2011

kisah manusia: I Luv You, Before I Met You

kisah manusia: I Luv You, Before I Met You


dah baca?? (^_^) Terima kasih

I Luv You, Before I Met You

 semua memerlukan seseorang dalam hidup untuk berka
sih sayang. Namun, janganlah keterlaluan sehingga menjadikan matlamat berkasih sayang sebagai satu-satunya matlamat dalam hidup. Misi kita dalam hidup ini perlu perlbagai. Sebagai hamba Allah, tentu sekali, matlamat utama adalah untuk menjadi seorang mukmin yang bertakwa. Maka, dalam perjalanan kita menjadi mukmin yang bertakwa, pastikan misi-misi kita yang lain juga seiring dalam mencapai matlamat yang utama. Ini termasuklah misi kita mencari pasangan yang terbaik.
Kebanyakkan wanita yang saya temui, menyayangi 'suami'nya lama sebelum mereka jatuh cinta. The idea of finding & marrying the best menyebabkan mereka mendambakan seseorang yang mempunyai sifat dan sikap yang baik dan terpuji. Kebetulan pula, contoh lelaki yang mereka lihat menepati ciri-ciri tersebut akhirnya benar-benar menjadi suami mereka. Wallahualam, ini perancangan Tuhan. Setiap orang sudah ditetapkan rezekinya (termasuk jodoh) dan Allah Maha mengetahui apa yang didalam hati setiap insan.
Berikut adalah beberapa wanita yang 'menyayangi suaminya' lama sebelum mereka jatuh cinta...
Kisah Kak R
Saya bertemu beliau di satu kursus dan kebetulan menjadi rakan sebilik saya. Entah macam mana terkeluar cerita kahwin. Saya tanya,"bagaimana boleh kenal?"
Menurut Kak R, mereka berdua satu universiti tetapi tidak pernah berbual. Kak R akui, suaminya semasa zaman pelajar adalah antara pemuda yang 'baik-baik'. "Ada satu kali, masa tengah bersembang dengan seorang kawan perempuan, dia (suami) lalu di tepi kami. Akak berbisik kat kawan, andai aku diberikan suami, nak yang macam dia...." beritahu Kak R sambil tersenyum.
Kisah H
H sepupu yang baru balik dari Syria. Saya bertandang ke rumah mereka untuk meraikan majlis walimah beliau dan abangnya. Malam itu, saya menumpang tidur sebilik. Saya bertanya,"bagaimana boleh kenal?"
Menurut H, dia sudah mengenali suaminya sepanjang pengajian di Syria dan kebetulan adalah kawan baik abangnya. Namun, mereka tidak pernah bersembang lebih dari urusan persatuan. Beberapa bulan balik dari Syria, si kawan abang masuk merisik. Akui H, "walaupun kami tidak pernah bersembang, saya kagumi sifat dan sikap beliau. Harapan saya masa kat Syria dulu, semoga saya memperolehi bakal suami sebaik beliau," beritahu H, tersipu.
Kisah A
Saya berjumpa A di satu Konvensyen Islam di Amerika. Usianya masih belasan tahun. Ketika itu, usia saya baru menginjak 22 tahun. Apabila mendapat tahu dia baru seminggu melangsungkan majlis walimahnya, sambil mengenggam tangannya dan gelak gembira, saya berkata,"I'm sooo jealous..."
A balas genggam tangan saya sambil memandang tepat ke mata, "you should not say that to a friend. You should say, I'm happy for you," dia tersenyum sambil menambah,"...and ask Allah to give me the same happiness."
Perancangan dan ketentuan Tuhan amat cantik, malah janjinya dalam surah An-Nur ayat 26 cukup tepat, "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."
Namun, tiada siapa dapat meramal siapa jodoh yang telah di tetapkan. Tetapi, the idea of finding & marrying the best, harus disematkan. Allah Maha Mengetahui apa yang dihati setiap manusia. Dan, Dia juga Maha Mengetahui apa yang terbaik.
Bagi saya, dari dulu (semenjak timbul keinginan untuk berkahwin), saya mendambakan yang terbaik untuk diri, keluarga, agama dan masa depan. Alhamdullilah, dalam perjalanan itu saya ditemukan dengan kawan-kawan yang memberi erti pada istilah terbaik...
Saya mendoakan agar kawan-kawan yang yang sedang mencari rezeki (jodoh) masing-masing supaya jangan putus asa. Allah mendengar isi hati anda. The idea of finding & marrying the bestbukanlah sesuatu yang fairytales. Ia telah berlaku kepada beberapa pasangan dan InsyaAllah, ini juga boleh berlaku pada anda.
Saya akhiri dengan satu petikan dialog dari novel The Notebook oleh Nicholas Spark "The best love is the kind that awakens the soul and makes us reach for more, that plants a fire in our hearts and brings peace to our minds. And that's what you've given me. That's what I'd hoped to give you forever."

Biodata Kolumnis

Mimi Salleh merupakan seorang Pengurus Kanan di syarikat Wira Sdn. Bhd. Selain bekerja sebagai pengurus, graduan Illinois State University, Amerika Syarikat ini juga merupakan seorang penulis buku. Beliau menulis di blog bujangok4u.blogspot.com.
Sumber Grafik : sleeplesskl.com


dah baca?? (^_^) Terima kasih

Wednesday, March 16, 2011

Anata ga inakute totemo sabishii....

merindui dirinya adalah 1 perkara yg x bleh aq hadapi...
aq amat rindukan dirinya.....
entah knpa siang dan malamku hanya dirinya......
setiap kli aq mendengar suaranya..,
air mata ku berguguran..
x sabar untuk berjumpa dirinya...,
terlalu banyak pengorbanan yg di laluinya...
untuk terus bersamaku...,
mencintai ku...,
menjagaku...,
membelai ku dgn penuh kasih syg...,
mendidik ku menjadi insan yg berguna...
dialah nyawaku...,
sygku padanya hingga akhir hayatku...,
kaulah yg teragung...,
IBU......


dah baca?? (^_^) Terima kasih

Tuesday, March 15, 2011

kata hikmat yg berguna..


dah baca?? (^_^) Terima kasih

SAHABAT...

SAHABAT…,
Tatkalaku renungi erti sebuah persahabatan,
Kurindui dirimu..
Yang telah mengingatkan kembali kisah silamku……
SAHABAT…,
Kau hadir sewaktu diriku kesepian,
Yang memerlukan sesearang teman untuk membimbinku,
Untuk meniti sebuah kehidupan…..
SAHABAT…,
Selagi nafasku belum terhenti,
Selagi itulah akanku mengingatimu,
Walau apapun rintangan yang dating,
Namamu sahabatku tetapku kenang….



SAHABAT…,
Percayalah sahabat,
Tiada keraguan dihatimu,
Yang dapat merubah fikiranku,
Selagi ada kejujuran dan kesetiaan,
Dihatimu dan dihatiku……,
Semoga kekal persahabatan ini,
Hingga akhir hayat,
Bercerai nyawa dari badan………..




dah baca?? (^_^) Terima kasih

Sunday, March 13, 2011

betul ke cinta dan kasih sayang boleh di pupuk???

cerita bermula apabila aq mengambil keputusan untuk memilih seorang jejaka yg tidak aq cintai di dalam hidup aq.....
aq mengambil keputusan drastik ni bilew aq terlalu kecewe gn 1 boy ni....
tanpa berfikir  panjang, aq trus mnerima nya untuk menjadi teman istimewa ku...
sedangkan ht ni sikit pon x dew pd dy,.....
lama kelamaan..., 
aq mula sedar...,
mencintai x semesti memiliki n x dicintai x semestinye x memiliki...
btw..., 
aq akhirnya jatuh cinta n x nk kehilangan dy...,
hadirnya dy dlm hidupku,
membawa erti cinta yg sebenar,,,
dy bnyk merubah persepsi aq terhadap cinta...
"CINTAILAH YG MAHA PENCIPTA,
INSYAALLAH DIRI AKAN DICINTAI..."
yaallah..., aq x taw dh nk kta cm new...,
mungkin dy lah cnta aq d dunia...,
hubungan terus terbina...,
sehinggalah... 1 hari dy melamar aq betul2 d hadapan masjid...,
"SUDI X SYG JD ISTERI ABG..., IBU PD ANAK2 ABG??
MEMBINA MASJID YG INDAH???
SAMPAI AKHIR HAYT???"
aq pon mula tangkap leleh...,
tp x mau tunjuk...,
bia r air mata ini tumpah bila aq sah menjadi isteri nye....
huuhhuu...
romantik jugak dy ni..,
n akhirnye perbincangan terjadi..,
dy tekad nk masuk meminang aq...,
aq kata  bincg gn fam dulu...,
detik2 bersejarah...,
x sabar menantikannya........
perancangan dh terjadi...,
cumew masih belum mampu dilaksanakan.....
DOAKN KEBAHAGIANNKU...,
BERSAMA...,
ABDUL HAKIM HAFIZUDDIN BIN JALALUDDIN....


dah baca?? (^_^) Terima kasih

~..(^-^) HiDuP Mesty CeRia..~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Valentine's day pumping heart
CreaTed By MieRa... kiSaH MaNusSia..-AkiEmiE..